Ramai masyarakat sabah beranggapan dan menyalahkan kerajaan pemerintah kerana telah mengabaikan dan lalai menjaga hak keistemewaan orang sabah yang begitu sekian lama.Jika perkara ini diambil perhatian sejak merdeka,masalah ini mungkin mudah diselasaikan seperti kata pepatah " Melentur buluh biarlah dari rebungnya ".Ini mengejutkan demografi sabah memaksa banyak etnik minoriti untuk dipinggirkan,tidak diberi perhatian dan akhirnya menjadi pelarian didalam negeri sendiri.
Menurut kajian yang dibuat oleh Dr.Chong Eng Leong,"Human Rights and Citizenship:Its Impact on Economi,Sosial and Cultural Right".Kadar penduduk asing didaerah-daerah sabah berjumlah 614,824 (1980-2000) iaitu 24% daripada penduduk asal sabah dan pada masa kini dianggarkan lebih daripada 1 juta pendatang tanpa izin(PTI) dinegeri ini.
Kehadiran begitu ramai warga asing ini termasuk PTI,mereka yang memiliki kad pengenalan yang meragukan dan projak IC(IMM13)yang diperkenalkan oleh kerajaan pemerintah telah membawa kesan buruk keatas Keselamatan Negara,Kestabilan Politik,sosial dan Ekonomi Negara.
Daripada Implikasi dan kesan-kesannya,warga sabah yang juga dikenali sebagai penduduk asal sabah(Orang Asal),sentiasa dibayangi dengan mimpi-mimpi buruk yang bekal berlaku keatas masa depan Negara..